THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 9 September 2009

Mutiara Kata :

"Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana
 tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda kotor"
"Wanita itu sendiri adalah Rahsia,
Nafsu mengatakan wanita cantik
atas dasar rupa parasnya                                                             
Akal mengatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya." 
"sahabat yang menyinar umpama                                    
mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
"Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman,
Gersang Jiwa Tanpa Amal."

Isnin, 7 September 2009

PETUA


Petua Menjadi lelaki Pilihan
Ciri-Ciri Lelaki Pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri
Lelaki Pilihan Wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Nasihat Berguna....

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.


Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
 Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci




Khamis, 3 September 2009

BABY DANISH.....

Hai....masa berlalu begitu pantas...anakku sudah semakin membesar...pada 22 Disember 2009 ini akan menyambut ulangtahun yang ke 2.....
Emmm....aku perlu memikirkan sesuatu yang istimewa pada hari yang bersejarah itu nanti...aku akan pastikan anakku akan menyambut ulangtahunnya pada setiap tahun...agar anakku akan merasakan bahawa kami ibubapanya sangat-sangat menghargai kehadirannya disisi kami...
Bertahun kami menunggu kehadirannya....akhirnya Allah kabulkan permintaan kami hambamu yang hina ini...
Bersyukur yang tidak terhingga padamu Ya Allah diatas anugerah dan kurnia ini.

Anakku Danish Firdaus....ummi dan abah terlalu sayangkan kamu..
Akan ku didik anakku menjadi seorang hamba yang yang beriman,berilmu,berakal, penuh sifat kasih sayang,kelembutan dan bertanggungjawab....Insyallah..

We luv u forever....Muah...muahhhh

            Danish setahun 8 bulan

                                                        Harijadi Danish 1 tahun
                                          

Hari yang ceria....


Assalamualaikum....
Pagi ini cuaca amat cerah dan tenang...almaklumlah sudah beberapa hari hujan turun dengan lebatnya...
lebih-lebih lagi pada pagi jumaat yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga cuaca pada pagi ini akan berterusan hingga ke petang...dan juga cuaca pada perasaan dan jiwa-jiwa kaum muslimin dan muslimat yang berpuasa diseluruh dunia...Amin

Semoga Allah memberkati kita semua...

Rabu, 2 September 2009

saya suka...................

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...

Wassalam

Ini adalah untuk renungan bersama kita sesama islam...kata -kata ini saya pinjam untuk memberi manfaat dan kesedaran bersama....semoga Allah memberkati hidup kita...Amin






Assalamualaikum...
pejam celik pejam celik hari ini dah hari yang ke 12 umat islam di seluruh dunia berpuasa.
Rasa sekejap aje tahun nie..mungkin dengan keadaan cuaca yang selalu hujan dan mendung...
alhamdullilah....rahmat dari allah buat semua umatnya...
emm...hari ini masih lagi seperti hari-hari biasa pening memikirkan menu apa nak masak yer...
nak beli juadah di pasar ramadhan pun tidak tahu nak beli dan makan apa...
hai...bila tengok semua nak beli...nanti kalau beli banyak2 membazir pulak...
dalam islam sendiri dilarang dari bersifat membazir...

oklah....stop dulu...balik nanti tengok apa yang ada dalam kat peti ais tu...baru boleh fikirkan...
almaklumkan bukannya ramai nak makan hanya dengan si baby jerr..abang pun dah balik penang..
apapun..selamat berbuka untuk suamiku dan diriku sendiri...hee..heee

emmm.....bestnya juadah kat bawah nie......