THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 9 November 2009

Kenangan lama mengusik hati dan perasaan...




Assalamualaiku...
ptg nie tiba2 hati rasa sayu dan pilu....dengan cuaca yang sentiasa mendung dan hujan ditambah mendengar lagu2 lama....membuatkan aku tiba2 terkenangkan zaman persekolahan dahulu...
penuh dengan nostalgia dan kenangan terindah yg mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hayat...
tanpa disedari sudah lebih  13 tahun aku tinggalkan alam persekolahan...
kenangan nie bermula bila..terjumpa kawan2 lama melalui face book dan terserempak selepas 13thn berpisah...
kini masing2 sudah ada keluarga sendiri...
banyak kenangan pahit,manis,gembira dan kelakar zaman sekolah dulu....pelbagai ragam dan gelagat kawan2 yg ada...tapi kini semua tinggal kenangan....kenangan yg terindah dlm hidup...
yang paling membuatkan aku sedih dan terkilan kerana kehilangan 2/3 orang kawan2 yang baik dan ku kenali telah kembali ke Ramahtullah....semoga roh mereka dicucuri rahmat....
salah seorang yang telah meninggal dunia itu, adalah antara rakan yg baik denganku dan selalu mengusiku dan nakal waktu zaman sekolah dulu...namun suratan takdir...tiada sesiapa boleh menghalang....kita yang hidup ini tidak pasti bila nyawa akan terpisah dari badan...
hanya pada Allah aku bermohon agar  nyawa ini diambil di dalam keadaan yang baik,beriman dan sempat bertaubat padanya yang esa...Amin...
walauapapun..hidup perlu diteruskan...kenangan adalah sebahagian dari kisah-kisah yang tertulis dalam diari hidup manusia, kenangan juga membuatkan kita tabah, sabar, dan kuat melalui liku-liku kehidupan ini..
semoga kenangan ini akan sentiasa terpahat disanubari dan persahabatan yang terjalin kembali bersama rakan-rakan yang lain akan berkekalan hingga ke akhir hayat.....
semoga Allah berkati kita semua...Amin...

0 comments: