THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 13 Disember 2009

Hujung tahun



Assalamualaikum...

Sudah lama aku tak update blog nie....sibuk sgt dengan kerja dan study...sampaikan xde masa nak jenguk2 kat sini. Hujung tahun 2009 nie makin melabuhkan tirainya...byk kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ini. Pada waktu ni juga ramailah yg bertungkus lumus menyiapkan report dan kerja2 yg perlu di selesaikan untuk penutup akaun 2009.Ramai juga ibubapa membawa anak2 bercuti di serata malaysia..
waktu hujung tahun nie lah masa yang paling menyeronokkan bercuti dan bersantai bersama ahli2 keluarga.
semoga 2009 nie akan meningalkan kenangan yang terindah dalam hidup, yang baik kita amalkan dan yang tidak baik kita hindarkan...Amin

Rabu, 11 November 2009

"TM MELAKA NITE 2009"

Assalamualaiku...
Malam tadi selesai sudah acara yang dinanti-nanti oleh semua staff Tm melaka untuk menghadiri "TM NITE 2009"
Alhamdullilah, rasa seronok sangat kerana pada malam tadi kami berkumpul bersama-sama dengan semua staff2 Tm, anak-anak syarikat (Vads dan Mmu). Acara tahunan ini amat bagus kerana kami dapat mengeratkan lagi jalinan persaudaraan disamping dapat berjumpa dan berkumpul beramai2 disamping sebagai menghargai jasa semua staff2 dan anak2 syarikat yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun ini dalam melaksanakan segala program,kerja dan pencapaian.
Malam tadi juga disajikan dengan artis jemputan Dato Ali Mamak dan artis dari kebudayaan melaka.Selain itu , acara kemuncak adalah anugerah pekerja terbaik,pencapaian bulanan dan tahunan terbaik serta pencapaian keseluruhan terbaik untuk semua peringkat dan bahagian.
Tahniah kepada semua pemenang......
Semoga Tm Melaka akan terus berjaya dan mengondol anugerah lagi "to be a No 1 for 2009-2010"

Majulah TM MELAKA....WOW!!!


Sempat juga beraksi dengan kawan-kawan ku....glamour gituuu......heee.heeee







Isnin, 9 November 2009

Kenangan lama mengusik hati dan perasaan...




Assalamualaiku...
ptg nie tiba2 hati rasa sayu dan pilu....dengan cuaca yang sentiasa mendung dan hujan ditambah mendengar lagu2 lama....membuatkan aku tiba2 terkenangkan zaman persekolahan dahulu...
penuh dengan nostalgia dan kenangan terindah yg mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hayat...
tanpa disedari sudah lebih  13 tahun aku tinggalkan alam persekolahan...
kenangan nie bermula bila..terjumpa kawan2 lama melalui face book dan terserempak selepas 13thn berpisah...
kini masing2 sudah ada keluarga sendiri...
banyak kenangan pahit,manis,gembira dan kelakar zaman sekolah dulu....pelbagai ragam dan gelagat kawan2 yg ada...tapi kini semua tinggal kenangan....kenangan yg terindah dlm hidup...
yang paling membuatkan aku sedih dan terkilan kerana kehilangan 2/3 orang kawan2 yang baik dan ku kenali telah kembali ke Ramahtullah....semoga roh mereka dicucuri rahmat....
salah seorang yang telah meninggal dunia itu, adalah antara rakan yg baik denganku dan selalu mengusiku dan nakal waktu zaman sekolah dulu...namun suratan takdir...tiada sesiapa boleh menghalang....kita yang hidup ini tidak pasti bila nyawa akan terpisah dari badan...
hanya pada Allah aku bermohon agar  nyawa ini diambil di dalam keadaan yang baik,beriman dan sempat bertaubat padanya yang esa...Amin...
walauapapun..hidup perlu diteruskan...kenangan adalah sebahagian dari kisah-kisah yang tertulis dalam diari hidup manusia, kenangan juga membuatkan kita tabah, sabar, dan kuat melalui liku-liku kehidupan ini..
semoga kenangan ini akan sentiasa terpahat disanubari dan persahabatan yang terjalin kembali bersama rakan-rakan yang lain akan berkekalan hingga ke akhir hayat.....
semoga Allah berkati kita semua...Amin...

Sabtu, 7 November 2009

Dia......


Dia.....
sentiasa menjadi bayangan...
dalam nyataku...
dalam mimpiku...
dalam fikiranku...
dalam hatiku...
dalam perasaanku...
dalam ilhamku...

Dia...
siapakah dia....
bayanganku....
mimpiku...
hidupku...
cahayaku...

Dia...
adalah impianku....
kenanganku....
cita-citaku...
ingatanku...
kegembiraanku....
kesedihanku...
ketabahanku...

Dia...
adalah semangatku...
sumber ilhamku...
milikku....
keabadianku...
kasih sayangku...

Dia....
adalah cintaku...
rinduku....
keunggulan ku...

Dia....
adalah segala-galanya....
tanpa dia....siapalah aku...

Dia...
menyinariku hidupku...

Sehingga kini...aku mencari-cari .....
Dia....yang sebenarnya....

Jumaat, 6 November 2009

Matahariku....


Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.



Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.


Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.

Oh

Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.



Rabu, 4 November 2009

Hari nie demam...



Assalamualaikum...


Hari nie aku tiba2 demam...dah sampai ofis..tapi dlm pukul 9.30am badan dah start mengigil sampai ke tulang...ingatkan boleh tahan sampai petang...tapi pukul 11am dah tak tahan sgt...pergi klinik...
doktor cek suhu badan 39c..tinggi tue...patutlah sakit kepala bagai nak pecah..
dapat Mc satu hari....balik rumah..makan ubat dan terus tido...
bangun tido pukul 3pm..badan dah ok sikit...
tapi malam nie rasa dedar balik....sebelum tido nie nak makan ubatlah..
esok harap2 boleh kerja....kat ofis tue byk claim,report dan program yg belum settle lagi...aduiii..
hai...aku nie jarang demam...thn nie kali kedua aku demam dan kali kedua aku Mc...
mungkin tertekan kot ...byk kerja nak kena siapkan ditambah lagi assigment yg nak kena hantar lagi 2 minggu..hai macam2...hee...heee
hai x sabar nak cuti panjang hujung tahun nie.....cuti semester dan report siap....nak relaxkan otak dan badan puas2 dan bercuti bersama family...yahuuuuuuu..

Selasa, 3 November 2009

Pentingnya jalinan silaturrahim....





Assalamualaikum....

Kepada rakan-rakanku sekalian....ada sedikit info yang saya nak kongsikan bersama kalian.
Ini adalah sebagai panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga sebagai saling ingat mengingati sesama kita sebagai hamba allah...
Apa pentingnya menjalinkan hubungan silaturrahim?sebab apa?kenapa?perlu ker?apakah akibatnya jika memutuskan persahabatan dan silaturrahim..?

Dibawah ini adalah beberapa maklumat yang saya perolehi dari pembacaan zai melalui buku2 motivasi,agama,blog-blog dan juga ceramah yang didengari..

Diharap ia dapat memberi sedikit kesedaran,keinsafan,pemahaman dan peringatan kepada rakan2 diluar sana yang masih suka memutuskan silaturahim dan menganggap jalinan persahabatan sesama islam ini tidak penting dan dianggap sebagai menyusahkan atau membebankan..ialah jika tidak suka berkawan dengan seseorang itu, maka tidak perlulah berkawan...atau menjalinkan silaturrahim...betul kerr?????

kadang2 terfikir juga mengapa ada segelintir manusia yang tidak suka menjalinkan silaturrahim...adakah sebab dengki, irihati , benci , ego dan tidak boleh melihat kelebihan orang lain...sebenarnya manusia nie mempunyai pelbagai ragam yg susah untuk difahami dan hanya diri sendiri yg boleh menilainya dan sejauh manakah sebenarnya hati kita betul2 ikhlas, suka dan tenang dlm menjalinkan silaturahim dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan faktor2 yg bersifat kebendaan,kelebihan atau kekurangan seseorang itu. Bersahabatlah dengan berlandaskan hanya pada allah dan ingin mendapat keberkatan darinya kerana memanjang ukhuwwah sesama kita.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjalinkan tali persaudaraan sesama kita tanpa ada sifat atau sikap buruk sangka, sakit hati, ego, sombong,berlagak, irihati, dengki dan memilih orang untuk berkawan, kerana kita tidak akan rugi berkawan dengan sesiapa sahaja malahan doa sahabat adalah antara doa yang mendapat keberkatan dari allah.Jangan sesekali menilai seseorang berdasarkan luaran sahaja..selami hati budi, perasaan dan hatinya...disamping jangan menunjukkan pada orang lain bahawa kita tidak suka,benci dan menyampah pada orang lain kerana dari situ sifat2 sendiri akan terlihat dan dari air muka kita juga orang boleh menilai peribadi dan sifat sebenar diri kita....jadi fikir-fikirlah...yee..

Dibawah ini beberapa petikan yang boleh memberi kesedaran kepada diri kita bersama..


Berikut adalah beberapa petikan kata-kata oleh Kiyai Abdullah Gymnastiar (pendakwah Indonesia yang selalu muncul dalam Astro Oasis tu) yang saya dapat daripada Wikipedia:

- Suatu kaum atau seseorang yang hidupnya penuh kebencian dan permusuhan tak akan pernah tenang, terhormat dan berjaya selain hina dan menderita.
- Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.
- Masalah paling besar bangsa ini bukanlah karena kurangnya tanah lapang, namun karena kurangnya hati-hati yang lapang
- Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.


Memutuskan silaturahim dan meninggalkan tuntutan ukhuwwah menjadi kekejian yang besar di dalam Islam. Antara Firman Allah dan Sabda-Sabda Nabi SAW:

“Dan janganlah kamu memutuskan (silaturrahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”

"Sesungguhnya rahmat tidak akan turun pada kamu yang di situ terdapat orang yang memutuskan silaturrahim"

"Siapa ingin murah rezeki dan panjang umurnya, ia hendaklah bersilaturrahim."

"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula..."

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

"Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa di dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di Akhirat iaitu derhaka (pada orang-orang tua) dan memutuskan silaturrahim."

"Alllah SWT berfirman, "Aku Allah,Aku Maha Pengasih.Aku ciptakan Rahim dan Aku ambil untuknya nama dari-ku.Siapa menghubunginya Aku akan Menghubunginya.Tapi siapa memustuskanynay,Aku pun memutuskannya."

"Iaitu menggapai orang yang masa bodoh kepadamu,memaafkan orang yang menzalimimu, memberi orang yang mengharamkanmu dan menghubungi orang yang memutuskanmu."

“….boleh jadi kamu benci terhadap sesuatu sedangkan ia lebih baik bagimu…”


“Siapa ingin murah rezeki dan panjang umur serta terhindar dari keburukan, hendaklah ia takut kepada Allah dan bersilaturahim. Kerana sedekah dan silaturahim, dengan keduanya Allah akan panjangkan umur menghindarkan dari keburukan serta hal-hal yang tidak disukai dan ditakui”

‘”Siapa diberi rasa ‘penyayang’, maka ia telah diberi kebaikan dunia dan Akhirat, kebaikan silaturrahim, berjiran dan berbudi pekerti hingga kehidupan, tempat tinggal dan pekerjaan bertambah indah.”

"HUBUNGI ORANG YANG MEMUTUSKAMU.."

"NIAT SESEORANG MUKMIN LEBIH BAIK DARI AMALNYA."

"Akhir kata yang baik datangnya dari Allah yang buruknya dari saya...Aminn

Salam mesra
zai

Sifat.... Tamak,Irihati dan ego..



Assalamualaikum....


Hari nie aku nak menulis berkenaan...sifat benci,irihati dan ego....sifat ini adalah sifat yang tidak seharusnya ada dalam diri terutamanya umat islam..tapi sebagai hamba yang lemah sudah pasti sifat-sifat ini ada juga dalam diri kita...cuma bagaimana caranya untuk kita mengawalnya...
Memang sebagai manusia yang dilahirkan penuh sifat kekurangan pasti akan kalah dan sentiasa hanyut di dalam arus sifat ini...namun..berusahalah dan berfikirlah bahawa sifat ini akan merosakkan hati,perasaan dan diri kita sendiri..
oleh itu, cubalah belajar untuk mengawalnya agar kita sentiasa memiliki hati yang tenang dan penuh keinsafan...
sebab di luar sana ramai manusia yang terleka dan tersasar jauh dari landasan sehinggakan sifat-sifat ini telah memakan diri mereka sendiri....


bersama-samalah kita saling memberi kesedaran dan menginsafkan diri kita sendiri...Amin...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jamuan Deepavali....

Assalamualaikum...


hari nie staff india di ofisku meraikan "Hari Deepavali"....mereka mengadakan jamuan makan dengan menyediakan menu-menu istimewa kaum india yg boleh dimakan oleh orang islam dan masakan pun di order dari restaurant india muslim....juadah memang best.....antara makanan india yg aku tak pernah makan dan aku cuba hari ini adalah bihun beriani dan susu kami spicy....wow!!! memang best sangat.....
so far oklah juga makanan mamak nie yer....coz aku sebenarnya memang kureng sikit makanan mamak nie...dlm setahun adalah 3/4 kali aku gi kedai mamak...itupun setakat pekena teh tarik dan roti canai yer laaa...hee.heee
Disebabkan terlalu syokk makan..aku tak sempat nak ambik gambar makanan tadi...inipun ada staff2 aku yg sempat rakam aksi2 kami tgh makan tadi....
                                                        




Hari kedua program....



salam..
Hari nie hari kedua program..alhamdullilah...segalanya berjalan dengan lancar...
tiada apa2 masalah ....
Everthing done perfect.....
makanan memang first classs...morning break,lunch and tea break...


Aktiviti program pun bessstt.....


Antara aksi-aski yg sempat aku rakam for our last program today...




Rabu, 28 Oktober 2009

Pagi yang mencabar.....

Assalamualaikum..

Pagi nie aku ada program kat hotel iaitu program untuk 'Selling Technique" for sales person..and as a organizer ,I have to make sure everthing perfect because of....mostly the participant are from different type of department but still under sales group  and the majority participants are bosses and executives sales.

Aku memang dah set dlm fikiran kalau hari pertama program pasti kelam kabut...biasalah tu kan...kali ini masalahnya daripada consultant yang dilantik oleh syarikat ada problem sedikit dengan pihak hotel...they have something misplace.but finally settle...alhamdullilah...nasib baik aku kenal baik dgn sales exec dan mgr hotel tue..perkara tue selesai dgn baik dan brg utk taining hari nie jumpa...takut juga diorangkan...ialah..sykt aku bukannya calang2 syarikat.nanti kitaorang tak nak buat program kat sana...susah jugak business diorang..sebab sykt aku byk buat event kat sana...hee.hee.nasib baik consultant aku tue..cool ajer...cayalah..walaupun program start lewat 1 jam..hee..hee...memang itu yg selalu aku alami jika buat kat mana2 program di hotel...biasalah mana ada yg sempurna...aku x kisah dah...memang lumrah dunia begitu...perkara tue boleh dijadikan sebagai panduan dan pengalaman hidup...betul tak..he.hee.....kita belajar bagaimana menangi masalah dengan lebih  profesional dan positif....

 
Alhamdullilah program berjalan seperti biasa dan esok ada satu hari lagi program dan harap semua akan berjalan dengan lancar jugak...
emmm....mengenai makanan pula...memang bestlah...kiranya sesuailah dengan standard hotel 4 bintang...

Dibawah ini..antara gambar2 yg sempat aku possing tadi..hee.heee












Selasa, 27 Oktober 2009

Cinta Kau dan Aku........



kasih..
mengertikah dikau akan cintaku ini..
cinta yang hadir begitu tulus dan suci.
hargailah cintaku ini kerana.....
cintaku bukanlah untuk dijual beli...

kasih...
fahamilah dikau...walau sejauh mana..
perpisahan ini...
namun cintaku tetap utuh dan murni...
sepertimana janji yang telah dilafazkan antara kita...


kasih..
janjilah padaku...walau apa jua rintang yang menimpa..
setialah dan percaya pada cinta kita...
kerana kasih sayang yang dibina ini adalah hadir...
atas keizinannya yang maha esa... 


kasih...
semoga cinta kau dan aku...
akan bersama dan bersemi selamanya..
hingga nafas yang terakhir...
hanya maut yang memisahkan kita...

Kasih....
inilah kisah....
kisah Cinta Kau aku...
suamiku yang tercintaa......

Terima kasih cinta....

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu


Terima kasih cinta untuk segalanya

Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu



Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu



Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...


Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu
















Novel terbaru....



salam...



Malam tadi aku baru sahaja selesai membaca novel "Cinta mekar dihati" karya Rose Harissa.
jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. watak ady rafizal yg setia, macho.tabah dan penyayang menarik hati begitu juga watak fasha...
memaparkan banyak konflik kekeluargaan,cinta,kasih sayang,perasaan,hasad dengki dan kejahatan manusia akibat terlalu taksub kepada harta,pangkat dan amalan syirik.
so sesiapa yg belum beli lagi buku ini...jgn ragu2..silalah beli..memang bessssttt....



Pelbagai genre cerita yang aku baca dan kebanyakkan penulis banyak menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan cinta dlm setiap novel .Ini adalah sesuatu yg baik kerana kadangkala kita sendiri akan terikut-terikut untuk menjadi seperti watak yg terdapat di dlm novel ...banyak sebenarnya pengajaran dan pemahaman yg kita boleh dapat dengan membaca ini...cthnya..yg baik kita ambik dan amalkan..yg buruk kita buang jauh dan jadikan panduan...

Isnin, 26 Oktober 2009

Percutian ke langkawi dan penang pada disember 2008

Ini adalah koleksi gambar kami sekeluarga sewaktu bercuti di langkawi selama 3 hari 2 malam.
sungguh seronok sangat waktu tue...dapat menjelajahi hampir kesemua tempat di pulau lagenda itu..
Kemudian duduk di penang 4 hari , jalan-jalan cari makan disana....memang bessttttt..

Percutian di langkawi...









Percutian di Pulau Pinang





Percutian hujun tahun....






Assalamualaikum...


Hari ini aku tengah memikirkan kemana agaknya destinasi kami kali ini pada hujung tahun...
seperti tahun-tahun sebelum ini aku banyak menghabiskan cuti hujung tahun di Singapore iaitu rumah adik-beradik ibuku dan nenekku..tapi semenjak ada baby nie aku lebih suka kami anak beranak sahaja..
bukannya apa..waktu inilah kami dapat menghabiskan masa bersama2...almaklumlah...kami suami isteri duduk berjauhan jadi dengan cara inilah kami dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara kami di samping dapat melapangkan fikiran sebentar dari bebanan kerja-kerja di ofis..
Semenjak perkahwinan kami dari 6 thn yg lalu, kami akan menggunakan hujung tahun sebagai percutian keluarga...kami akan cuba menerokai dan menghayati keindahan yang ada di negara ini..sudah banyak juga tempat yg telah kami lawati namun belum sepenuhnya lagi...


Sebenarnya percutian ini amatlah digalakkan dan patut dilakukan oleh semua keluarga bagi mengeratkan jalinan kekeluargaan,kasih sayang dan persahabatan di samping dapat memupuk masyarakat yang penyayang dan cintakan negaranya..disamping dpt melihat keindahan ciptaan tuhan yang masa esa ini..
ia juga adalah sebagai terapi kepada minda,hati,perasaan dan kesihatan...
bak kata orang kita akan merasa tenang dan aman damai jika dpt melihat keindahan pantai-pantai dan kehijauan tumbuh-tumbuhan yang memikat.


Selamat bercuti kepada semua dan yang penting sentiasa berhati-hati di dalam perjalanan