THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 26 Oktober 2009

Percutian hujun tahun....






Assalamualaikum...


Hari ini aku tengah memikirkan kemana agaknya destinasi kami kali ini pada hujung tahun...
seperti tahun-tahun sebelum ini aku banyak menghabiskan cuti hujung tahun di Singapore iaitu rumah adik-beradik ibuku dan nenekku..tapi semenjak ada baby nie aku lebih suka kami anak beranak sahaja..
bukannya apa..waktu inilah kami dapat menghabiskan masa bersama2...almaklumlah...kami suami isteri duduk berjauhan jadi dengan cara inilah kami dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara kami di samping dapat melapangkan fikiran sebentar dari bebanan kerja-kerja di ofis..
Semenjak perkahwinan kami dari 6 thn yg lalu, kami akan menggunakan hujung tahun sebagai percutian keluarga...kami akan cuba menerokai dan menghayati keindahan yang ada di negara ini..sudah banyak juga tempat yg telah kami lawati namun belum sepenuhnya lagi...


Sebenarnya percutian ini amatlah digalakkan dan patut dilakukan oleh semua keluarga bagi mengeratkan jalinan kekeluargaan,kasih sayang dan persahabatan di samping dapat memupuk masyarakat yang penyayang dan cintakan negaranya..disamping dpt melihat keindahan ciptaan tuhan yang masa esa ini..
ia juga adalah sebagai terapi kepada minda,hati,perasaan dan kesihatan...
bak kata orang kita akan merasa tenang dan aman damai jika dpt melihat keindahan pantai-pantai dan kehijauan tumbuh-tumbuhan yang memikat.


Selamat bercuti kepada semua dan yang penting sentiasa berhati-hati di dalam perjalanan

0 comments: