Assalamualaikum,
Kisah ini adalah kisah benar yang ingin aku ceritakan. Ia terjadi pada suamiku sendiri pada bulan puasa baru-baru ini. Apa yang berlaku adalah satu kesyukuran, keuntungan dan petunjuk yang Allah berikan pada umatnya akan kebesarannya dan sebagai tanda peringatan agar hamba-hambanya sentiasa beringat dan bersujud padanya.
Suamiku merasakan dirinya amat beruntung kerana dapat melihat kebesaran Allah ini.
Ini apa yang suamiku ceritakan padaku.........
Pada 15/9/2009 jam 7.30pm, selepas berbuka puasa suamiku keluar dari rumah di Batu kawan, Penang untuk menghisap rokok. Apa yang suamiku maklumkan selalunya selepas berbuka puasa dia akan terus sembahyang magrib, tetapi pada hari tu, tiba-tiba dia rasakan ingin duduk di beranda rumah untuk menghisap rokok. sedang beliau menghisap rokok, beliau melihat awan berselerakan di langit....lama-kelamaan awan tu dilihat macam terbentuk sesuatu...tanpa disangka tiba-tiba awan yang dilihat itu, seolah-olah kelihatan seperti kalimah allah. Suamiku amat terperanjat dan terus berzikir dan menyebut nama allah. Dia rasakan amat bersyukur kerana diberikan kesempatan melihat kebesaran Allah ini. Selama ini, hanya mendengar dan melihat melalui email, suratkhabar, internet,gambar dan kata-kata orang. Tapi kini di depan matanya sendiri, dia dapat melihat dengan jelas akan kebesaran dan keajaiban yang berlaku. Tanpa berlengah lagi suamiku terus merakamkan gambar-gambar awan yang terbentuk kalimah allah itu sebagai bukti. Selepas gambar diambil, awan-awan itu berselerakan semula dan hilang begitu sahaja.....
Masyallah, betapa besarnya kebesaran yang ingin Allah tunjukkan kepada umatnya...Semoga kita akan sentiasa menjadi hambanya yang bersujud, bersyukur dan beriman padanya..Aminnnnnn
Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat diambil oleh suamiku..
Rabu, 21 Oktober 2009
Awan terbentuk kalimah Allah
Posted by zaimah at 1:46 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan