Khamis, 22 Oktober 2009
Relaxnya membaca novel...
Pagi nie aku baru selesai menghabiskan sebuah lagi novel kesukaanku...
kali ini bertajuk 'gerimis Rindu" tulisan "Meen Zulaika". jalan cerita yang menarik bagiku...
watak yang amat bersesuaian dan mengandungi unsur2 kesedaran,kekeluargaan,kehidupan dan percintaan.Aku suka sangat watak tomboy Ailani...x sangka boleh jadi driver dan disebalik sikap kasarnya...tersimpan satu sifat kewanitaan yang jitu.....watak hero pulak iaitu hatimi yg angkuh dan berlagak ...bila akhirnya jatuh cinta jugak pada lani....unsur2 kelakar juga menarik,membuatkan aku sentiasa tersenyum dan tergelak sorang2 sampaikan teman sepejabatku jadi pelik....hee.hee...rasa relax dan enjoy betul baca buku nie...sebab aku terbayangkan watak Ailani tu macam Scha Alyahya....hee.heee
dua hari sebelum tue ,aku baru menghabiskan novel tulisan "Dhiya Zafira" bertajuk "Rindu untuk dia" juga menarik dan berlainan dari novel2 yg kubaca. banyak juga pengetahuan yang aku perolehi iaitu bagaiman keadaan dan tingkahlaku sebenar orang yang mengalami trauma akibat dirogol. sebeblum ini , aku tidak pernah membayangkan trauma-trauma sebegini yang dihidapi oleh mangsa2 rogol itu.Bila memikirkan kembali...moga2 dijauhkan perkara buruk yang berlaku kepada semua ahli keluargaku dan rakan-rakanku..
Sebenarnya membaca novel ini juga adalah satu pengalaman,pengetahuan dan ilmu yang banyak boleh kita pelajari dan perolehi didalam isi kandunganya, cthnya berkenaan erti ketabahan hati,diri,mengetahui tempat2 kita tidak pernah kita tahu,nasihat dan lain2 ...kadang2 ada teman2ku selalu mengatakan yang aku nie jiwang,membazir dan bagi mereka tiada masa untuk membaca novel2 cinta ini. namun aku punya pendirian tersendiri....terpulang kepada setiap individu bagaiman mereka menilai dan melihat sesuatu perkara itu. Malahan bagiku, dengan membaca novel ini juga adalah satu terapi diri dan sebagai tempat penghilang stress akibat bebanan kerja di ofis dan pening kepala untuk menyiapkan assigment....bila keadaan ini ,aku akan rasa relax sedikit jika dpt menghayati bait-bait indah dan gelagat2 watak yang terdapat di dalam novel yang kubaca...
Selain itu, aku juga suka membaca buku2 motivasi dan kisah2 nabi dari penulis-penulis yang lain.Bagiku..minat membaca ini kita boleh pelbagaikan tidak hanya pada novel malahan kepada versi-versi buku yang lain untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita...bukannya apa, aku sebenarnya amat berminat dalam dunia penulisan ini, cuma belum ada keyakinan diri untuk menulis. Ada seorang penulis novel yang terkenal selalu memberi nasihat padaku agar mencuba2 membuat manuskrip kanak2 kemudian jika sudah yakin baru cuba menulis novel pula. Insyallah , jika diizinkan allah , aku pasti aku cuba menulis suatu hari nanti dan mengeluarkan novelku sendiri....Amin...
Kepada peminat-peminat novel diluar sana...teruskan minat membaca anda..pedulikan dengan kata-kata mereka yang tidak memahami erti kepentingan dan kepuasan membaca ini dalam kehidupan kita..dan yang penting jgn lupa beli novel-novel ini memang bessssttt...
Posted by zaimah at 8:41 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan