THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 22 Oktober 2009

Teman baik...







Assalamualaikum....


kenapa sebagai manusia,lelaki atau wanita perlu ada teman baik?apa pentingnya teman baik?bagus ke punya teman baik?emmm.....macam-macam andaian yang kita lemparkan berkenaan topik ini....
Pagi nie mood menulis ku begitu baik sekali..memandangkan...inilah kesempatan yang ada untuk aku menulis...selain itu, sibuk dengan urusan pejabat,pelajaran dan keluarga.


Aku sendiri mempunyai teman baik..sewaktu di sekolah dahulu...ke mana2 kami bertiga sentiasa bersama2...minat dlm pelajaran,sukan,melepak,persatuan yang sama membuatkan kami amat rapat.di samping itu, keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain....tapi itu, sewaktu zaman persekolahan...namun sehingga kini perhubungan kami dan keluarga masing2 tetap baik..tetapi tidaklah serapat dahulu..setelah masing2 berumah tangga...


Aku amat rindukan kenangan dahulu...kerana sepanjang persahabatan ,kami sentiasa menjaga maruah persahabatan kami dan bersikap ikhlas dan jujur pada diri masing2..andaikata salah seorang mempunyai masalah..kami akan bersama2 membantu..
emmm...susahnya nak cari kawan sebegitu lagi....


kepada Fiefy dan Ciecy ....Along rindu betul pada zaman persekolahan kita dahulu...kerana kita mula bersahabat dari darjah satu...sehinggalah hari ini...umur kita melangkah ke 31thn...jarak waktu yg terlalu lama.....kenangan yang sungguh indah....kalau masa boleh diputar semula ..alangkah indahnya...
walaupun sekarang kita jarang berjumpa atas faktor berjauhan,bekerja dan keluarga..namun persahabatan ini tetap terjalin....
semoga persabahatan kita yang disulami dengan kesucian ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...
semoga kalian juga sentiasa berada dalam lindungan allah selalu...


sahabat sejati...adalah sahabat yang sanggup bersama2 susah,senang,menangis dan gembira bersama...bukanya sahabat yang menikam dari belakang dan menjadi musuh dalam selimut...
oleh itu, berhati2 dlm mencari sahabat sejati....jujur,ikhlas,saling percaya,tolong-menolong dan memahami adalah sikap yang perlu ada dlm diri kita jika ingin mencari sahabat yang baik...tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita memerlukan sahabat dlm hidup mereka..kerana selain keluarga yang paling rapat dan memahami ..sahabat juga terletak di tempat yang istimewa dalam hati setiap insan...


oleh yang sedemikian, hargailah teman atau sahabat anda dengan sebaik-baiknya...
kerana sahabat yang baiklah akan sentiasa mendoakan untuk diri kita....Amin...

2 comments:

Ummi Nuhlan berkata...

salam ziarah kak zaimah..
imah in ur house...hehehe
jom tukaq link eh..

zaimah berkata...

hai imah.....
kak zai in da.. house....hee.hee