Sudah seminggu umat islam didunia menyambut hari raya...berakhir sudah Ramadhan yang mulia..
Raya tahun ini ada suka dan dukanya buat diriku....tapi banyak kepada sukalah...yang dukanya kereta suamiku rosak sewaktu dlm perjalanan dari penang ingin pulang ke melaka...kesiannya suamiku..alhamdulilah...selamat juga suamiku pulang ke pangkuan kami sekeluarga.
Pada tahun ini, sungguh meriah dan seronok kurasakan...puas aku dan keluargaku berjalan raya dari selatan hingga ke utara. Pada raya ke tiga kami sekeluarga bersama2 adik-adikku, nenek dan sepupuku menaiki 3 buah kereta turun ke Jb rumah pak lang dan kemudian aku pergi ke Spore rumah mokcu dan saudara mara disana.Pada raya ketujuh pula aku pergi ke sg petani rumah saudara sebelah suami bersama mertuaku dan turun ke penang menghadiri jemputan kahwin dan kemudian menghantar suamiku pulang di batu kawan penang,kerana kereta suamiku masih dibaiki...
Fuh....penat,letih,gembira, dan penuh syukuran kerana perjalanan ku selamat dan seronok dpt berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudaran disamping dapat mengeratkan persaudaraan dan kekeluargaan.
Semoga syawal ini akan mendapat keberkatan padanya yang maha esa.
Isnin, 5 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
handsome la danish dengan baju melayu biru..macho tu
Catat Ulasan