THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jamuan Deepavali....

Assalamualaikum...


hari nie staff india di ofisku meraikan "Hari Deepavali"....mereka mengadakan jamuan makan dengan menyediakan menu-menu istimewa kaum india yg boleh dimakan oleh orang islam dan masakan pun di order dari restaurant india muslim....juadah memang best.....antara makanan india yg aku tak pernah makan dan aku cuba hari ini adalah bihun beriani dan susu kami spicy....wow!!! memang best sangat.....
so far oklah juga makanan mamak nie yer....coz aku sebenarnya memang kureng sikit makanan mamak nie...dlm setahun adalah 3/4 kali aku gi kedai mamak...itupun setakat pekena teh tarik dan roti canai yer laaa...hee.heee
Disebabkan terlalu syokk makan..aku tak sempat nak ambik gambar makanan tadi...inipun ada staff2 aku yg sempat rakam aksi2 kami tgh makan tadi....
                                                        




Hari kedua program....



salam..
Hari nie hari kedua program..alhamdullilah...segalanya berjalan dengan lancar...
tiada apa2 masalah ....
Everthing done perfect.....
makanan memang first classs...morning break,lunch and tea break...


Aktiviti program pun bessstt.....


Antara aksi-aski yg sempat aku rakam for our last program today...




Rabu, 28 Oktober 2009

Pagi yang mencabar.....

Assalamualaikum..

Pagi nie aku ada program kat hotel iaitu program untuk 'Selling Technique" for sales person..and as a organizer ,I have to make sure everthing perfect because of....mostly the participant are from different type of department but still under sales group  and the majority participants are bosses and executives sales.

Aku memang dah set dlm fikiran kalau hari pertama program pasti kelam kabut...biasalah tu kan...kali ini masalahnya daripada consultant yang dilantik oleh syarikat ada problem sedikit dengan pihak hotel...they have something misplace.but finally settle...alhamdullilah...nasib baik aku kenal baik dgn sales exec dan mgr hotel tue..perkara tue selesai dgn baik dan brg utk taining hari nie jumpa...takut juga diorangkan...ialah..sykt aku bukannya calang2 syarikat.nanti kitaorang tak nak buat program kat sana...susah jugak business diorang..sebab sykt aku byk buat event kat sana...hee.hee.nasib baik consultant aku tue..cool ajer...cayalah..walaupun program start lewat 1 jam..hee..hee...memang itu yg selalu aku alami jika buat kat mana2 program di hotel...biasalah mana ada yg sempurna...aku x kisah dah...memang lumrah dunia begitu...perkara tue boleh dijadikan sebagai panduan dan pengalaman hidup...betul tak..he.hee.....kita belajar bagaimana menangi masalah dengan lebih  profesional dan positif....

 
Alhamdullilah program berjalan seperti biasa dan esok ada satu hari lagi program dan harap semua akan berjalan dengan lancar jugak...
emmm....mengenai makanan pula...memang bestlah...kiranya sesuailah dengan standard hotel 4 bintang...

Dibawah ini..antara gambar2 yg sempat aku possing tadi..hee.heee












Selasa, 27 Oktober 2009

Cinta Kau dan Aku........



kasih..
mengertikah dikau akan cintaku ini..
cinta yang hadir begitu tulus dan suci.
hargailah cintaku ini kerana.....
cintaku bukanlah untuk dijual beli...

kasih...
fahamilah dikau...walau sejauh mana..
perpisahan ini...
namun cintaku tetap utuh dan murni...
sepertimana janji yang telah dilafazkan antara kita...


kasih..
janjilah padaku...walau apa jua rintang yang menimpa..
setialah dan percaya pada cinta kita...
kerana kasih sayang yang dibina ini adalah hadir...
atas keizinannya yang maha esa... 


kasih...
semoga cinta kau dan aku...
akan bersama dan bersemi selamanya..
hingga nafas yang terakhir...
hanya maut yang memisahkan kita...

Kasih....
inilah kisah....
kisah Cinta Kau aku...
suamiku yang tercintaa......

Terima kasih cinta....

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu


Terima kasih cinta untuk segalanya

Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu



Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu



Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...


Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu
















Novel terbaru....



salam...



Malam tadi aku baru sahaja selesai membaca novel "Cinta mekar dihati" karya Rose Harissa.
jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. watak ady rafizal yg setia, macho.tabah dan penyayang menarik hati begitu juga watak fasha...
memaparkan banyak konflik kekeluargaan,cinta,kasih sayang,perasaan,hasad dengki dan kejahatan manusia akibat terlalu taksub kepada harta,pangkat dan amalan syirik.
so sesiapa yg belum beli lagi buku ini...jgn ragu2..silalah beli..memang bessssttt....



Pelbagai genre cerita yang aku baca dan kebanyakkan penulis banyak menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan cinta dlm setiap novel .Ini adalah sesuatu yg baik kerana kadangkala kita sendiri akan terikut-terikut untuk menjadi seperti watak yg terdapat di dlm novel ...banyak sebenarnya pengajaran dan pemahaman yg kita boleh dapat dengan membaca ini...cthnya..yg baik kita ambik dan amalkan..yg buruk kita buang jauh dan jadikan panduan...

Isnin, 26 Oktober 2009

Percutian ke langkawi dan penang pada disember 2008

Ini adalah koleksi gambar kami sekeluarga sewaktu bercuti di langkawi selama 3 hari 2 malam.
sungguh seronok sangat waktu tue...dapat menjelajahi hampir kesemua tempat di pulau lagenda itu..
Kemudian duduk di penang 4 hari , jalan-jalan cari makan disana....memang bessttttt..

Percutian di langkawi...









Percutian di Pulau Pinang





Percutian hujun tahun....






Assalamualaikum...


Hari ini aku tengah memikirkan kemana agaknya destinasi kami kali ini pada hujung tahun...
seperti tahun-tahun sebelum ini aku banyak menghabiskan cuti hujung tahun di Singapore iaitu rumah adik-beradik ibuku dan nenekku..tapi semenjak ada baby nie aku lebih suka kami anak beranak sahaja..
bukannya apa..waktu inilah kami dapat menghabiskan masa bersama2...almaklumlah...kami suami isteri duduk berjauhan jadi dengan cara inilah kami dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara kami di samping dapat melapangkan fikiran sebentar dari bebanan kerja-kerja di ofis..
Semenjak perkahwinan kami dari 6 thn yg lalu, kami akan menggunakan hujung tahun sebagai percutian keluarga...kami akan cuba menerokai dan menghayati keindahan yang ada di negara ini..sudah banyak juga tempat yg telah kami lawati namun belum sepenuhnya lagi...


Sebenarnya percutian ini amatlah digalakkan dan patut dilakukan oleh semua keluarga bagi mengeratkan jalinan kekeluargaan,kasih sayang dan persahabatan di samping dapat memupuk masyarakat yang penyayang dan cintakan negaranya..disamping dpt melihat keindahan ciptaan tuhan yang masa esa ini..
ia juga adalah sebagai terapi kepada minda,hati,perasaan dan kesihatan...
bak kata orang kita akan merasa tenang dan aman damai jika dpt melihat keindahan pantai-pantai dan kehijauan tumbuh-tumbuhan yang memikat.


Selamat bercuti kepada semua dan yang penting sentiasa berhati-hati di dalam perjalanan

Ahad, 25 Oktober 2009

Cerita hujung minggu...







Assalamualaikum...

Pada sabtu 24.10.2009(hujung minggu) yg lepas aku balik kl..jumpa family...orang lain selalunya dtg kl sebab nak shopping atau jalan2..aku pulak balik sana...emmm..kelakar jugak..
kalau balik kl aku mesti suka lepak2 dengan adik-beradikku dan sepupu2ku..
selalunya kami lepak kat malli's corner platinum walk danau kota...sebab rumah family aku kat tmn melati......aku paling suka pekena kueh teow dan nasi lemak dia...fuhh...memang best kat situ...satu pinggan x cukup...sekurang-kurangnya mesti 2 pinggan...hee..heee
yang paling best tu....kami heret anak-anak lepak sana....kalau berkumpul tu adalah dalam 15 org semunya..memang gamat sangat....selalunya time kami lepak dlm pukul 10.00mlm ke atas....
pada waktu2 macam nie ajelah kami dpt berjumpa ,sebab masing2 sibuk dengan kerja dan berjauhan...contohnya, aku di melaka,suamiku di penang,adikku no 2 di kajang,adik no 3 di kepong, adik no 5 di seri kembangan. yg tinggal dgn family ada  3 org lagi yg masih belum kahwin dan sepupuku2 pula duduk di tmn melati..so time macam nielah..kami akan berseronok,bercerita,bergurau dan kutuk mengutuk....hee..heee

Pada pagi ahad pula aku,suami dan anak pergi tasek titiwangsa tgk orang jogging ajerr....malas nak jogging coz x bawak kasuk..sambil2 tu dptlah tengok motor-motor besar dari "kawasaki racing team" ada program di sana...aduiiii......memang cantik dan geram betul tengok motor-motor besar diaorang tue..hee..hee
lps tu ..kami anak beranak sarapan kat "Old Town" platinum walk, danau kota....
ptg tu lps asar aku balik melaka dan suamiku balik penang...so itulah program aku dan familiy pada hujung minggu nie...
kalau suami tidak dpt balik melaka....sebab penat nak drive jauh..aku akan dtg kl jumpa suami kat sana...
at least sebulan sekali....apa nak buat...nie lah rutin hidup berjauhan...perlu ada kesefahaman,bertolak ansur dan saling menyokong antara satu sama lain...itu resepi/tip kebahagian yang aku amalkan yg aku ambil dari Dr Fadhilah Kamsah..heee.hee


i love all my family so much......

Khamis, 22 Oktober 2009

Teman baik...







Assalamualaikum....


kenapa sebagai manusia,lelaki atau wanita perlu ada teman baik?apa pentingnya teman baik?bagus ke punya teman baik?emmm.....macam-macam andaian yang kita lemparkan berkenaan topik ini....
Pagi nie mood menulis ku begitu baik sekali..memandangkan...inilah kesempatan yang ada untuk aku menulis...selain itu, sibuk dengan urusan pejabat,pelajaran dan keluarga.


Aku sendiri mempunyai teman baik..sewaktu di sekolah dahulu...ke mana2 kami bertiga sentiasa bersama2...minat dlm pelajaran,sukan,melepak,persatuan yang sama membuatkan kami amat rapat.di samping itu, keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain....tapi itu, sewaktu zaman persekolahan...namun sehingga kini perhubungan kami dan keluarga masing2 tetap baik..tetapi tidaklah serapat dahulu..setelah masing2 berumah tangga...


Aku amat rindukan kenangan dahulu...kerana sepanjang persahabatan ,kami sentiasa menjaga maruah persahabatan kami dan bersikap ikhlas dan jujur pada diri masing2..andaikata salah seorang mempunyai masalah..kami akan bersama2 membantu..
emmm...susahnya nak cari kawan sebegitu lagi....


kepada Fiefy dan Ciecy ....Along rindu betul pada zaman persekolahan kita dahulu...kerana kita mula bersahabat dari darjah satu...sehinggalah hari ini...umur kita melangkah ke 31thn...jarak waktu yg terlalu lama.....kenangan yang sungguh indah....kalau masa boleh diputar semula ..alangkah indahnya...
walaupun sekarang kita jarang berjumpa atas faktor berjauhan,bekerja dan keluarga..namun persahabatan ini tetap terjalin....
semoga persabahatan kita yang disulami dengan kesucian ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...
semoga kalian juga sentiasa berada dalam lindungan allah selalu...


sahabat sejati...adalah sahabat yang sanggup bersama2 susah,senang,menangis dan gembira bersama...bukanya sahabat yang menikam dari belakang dan menjadi musuh dalam selimut...
oleh itu, berhati2 dlm mencari sahabat sejati....jujur,ikhlas,saling percaya,tolong-menolong dan memahami adalah sikap yang perlu ada dlm diri kita jika ingin mencari sahabat yang baik...tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita memerlukan sahabat dlm hidup mereka..kerana selain keluarga yang paling rapat dan memahami ..sahabat juga terletak di tempat yang istimewa dalam hati setiap insan...


oleh yang sedemikian, hargailah teman atau sahabat anda dengan sebaik-baiknya...
kerana sahabat yang baiklah akan sentiasa mendoakan untuk diri kita....Amin...

Relaxnya membaca novel...




Pagi nie aku baru selesai menghabiskan sebuah lagi novel kesukaanku...
kali ini bertajuk 'gerimis Rindu" tulisan "Meen Zulaika". jalan cerita yang menarik bagiku...
watak yang amat bersesuaian dan mengandungi unsur2 kesedaran,kekeluargaan,kehidupan dan percintaan.Aku suka sangat watak tomboy Ailani...x sangka boleh jadi driver dan disebalik sikap kasarnya...tersimpan satu sifat kewanitaan yang jitu.....watak hero pulak iaitu hatimi yg angkuh dan berlagak ...bila akhirnya jatuh cinta jugak pada lani....unsur2 kelakar juga menarik,membuatkan aku sentiasa tersenyum dan tergelak sorang2 sampaikan teman sepejabatku jadi pelik....hee.hee...rasa relax dan enjoy betul baca buku nie...sebab aku terbayangkan watak Ailani tu macam Scha Alyahya....hee.heee
dua hari sebelum tue ,aku baru menghabiskan novel tulisan "Dhiya Zafira" bertajuk "Rindu untuk dia" juga menarik dan berlainan dari novel2 yg kubaca. banyak juga pengetahuan yang aku perolehi iaitu bagaiman keadaan dan tingkahlaku sebenar orang yang mengalami trauma akibat dirogol. sebeblum ini , aku tidak pernah membayangkan trauma-trauma sebegini yang dihidapi oleh mangsa2 rogol itu.Bila memikirkan kembali...moga2 dijauhkan perkara buruk yang berlaku kepada semua ahli keluargaku dan rakan-rakanku..


Sebenarnya membaca novel ini juga adalah satu pengalaman,pengetahuan dan ilmu yang banyak boleh kita pelajari dan perolehi didalam isi kandunganya, cthnya berkenaan erti ketabahan hati,diri,mengetahui tempat2 kita tidak pernah kita tahu,nasihat dan lain2 ...kadang2 ada teman2ku selalu mengatakan yang aku nie jiwang,membazir dan bagi mereka tiada masa untuk membaca novel2 cinta ini. namun aku punya pendirian tersendiri....terpulang kepada setiap individu bagaiman mereka menilai dan melihat sesuatu perkara itu. Malahan bagiku, dengan membaca novel ini juga adalah satu terapi diri dan sebagai tempat penghilang stress akibat bebanan kerja di ofis dan pening kepala untuk menyiapkan assigment....bila keadaan ini ,aku akan rasa relax sedikit jika dpt menghayati bait-bait indah dan gelagat2 watak yang terdapat di dalam novel yang kubaca...


Selain itu, aku juga suka membaca buku2 motivasi dan kisah2 nabi dari penulis-penulis yang lain.Bagiku..minat membaca ini kita boleh pelbagaikan tidak hanya pada novel malahan kepada versi-versi buku yang lain untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita...bukannya apa, aku sebenarnya amat berminat dalam dunia penulisan ini, cuma belum ada keyakinan diri untuk menulis. Ada seorang penulis novel yang terkenal selalu memberi nasihat padaku agar mencuba2 membuat manuskrip kanak2 kemudian jika sudah yakin baru cuba menulis novel pula. Insyallah , jika diizinkan allah , aku pasti aku cuba menulis suatu hari nanti dan mengeluarkan novelku sendiri....Amin...




Kepada peminat-peminat novel diluar sana...teruskan minat membaca anda..pedulikan dengan kata-kata mereka yang tidak memahami erti kepentingan dan kepuasan membaca ini dalam kehidupan kita..dan yang penting jgn lupa beli novel-novel ini memang bessssttt...

Rabu, 21 Oktober 2009

Awan terbentuk kalimah Allah

Assalamualaikum,
Kisah ini adalah kisah benar yang ingin aku ceritakan. Ia terjadi pada suamiku sendiri pada bulan puasa baru-baru ini. Apa yang berlaku adalah satu kesyukuran, keuntungan dan petunjuk yang Allah berikan pada umatnya akan kebesarannya dan sebagai tanda peringatan agar hamba-hambanya sentiasa beringat dan bersujud padanya.
Suamiku merasakan dirinya amat beruntung kerana dapat melihat kebesaran Allah ini.

Ini apa yang suamiku ceritakan padaku.........

Pada 15/9/2009 jam 7.30pm, selepas berbuka puasa suamiku keluar dari rumah di Batu kawan, Penang untuk menghisap rokok. Apa yang suamiku maklumkan selalunya selepas berbuka puasa dia akan terus sembahyang magrib, tetapi pada hari tu, tiba-tiba dia rasakan ingin duduk di beranda rumah untuk menghisap rokok. sedang beliau menghisap rokok, beliau melihat awan berselerakan di langit....lama-kelamaan awan tu dilihat macam terbentuk sesuatu...tanpa disangka tiba-tiba awan yang dilihat itu, seolah-olah kelihatan seperti kalimah allah. Suamiku amat terperanjat dan terus berzikir dan menyebut nama allah. Dia rasakan amat bersyukur kerana diberikan kesempatan melihat kebesaran Allah ini. Selama ini, hanya mendengar dan melihat melalui email, suratkhabar, internet,gambar dan kata-kata orang. Tapi kini di depan matanya sendiri, dia dapat melihat dengan jelas akan kebesaran dan keajaiban yang berlaku. Tanpa berlengah lagi suamiku terus merakamkan gambar-gambar awan yang terbentuk kalimah allah itu sebagai bukti. Selepas gambar diambil, awan-awan itu berselerakan semula dan hilang begitu sahaja.....
Masyallah, betapa besarnya kebesaran yang ingin Allah tunjukkan kepada umatnya...Semoga kita akan sentiasa menjadi hambanya yang bersujud, bersyukur dan beriman padanya..Aminnnnnn

Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat diambil oleh suamiku..